Wednesday, April 28, 2010

Tidur... Zzzzzzz............

Arghh!!! takleh tido, tak ngantuk lagi.. maybe sebab dah banyak sangat tido kot.. tu yang sempat update blog nih.. :D Inilah akibatnya tido banyak sangat. heheh.... Amaran daripada Kementerian Kesihatan: Untuk orang dewasa tido sekurang-kurangnya 6-8 jam sehari... Ni terlebih suda..hahah.. Tu la 'stay up' lagi pagi-pagi.. :D


Jom baca ni..Fakta TIDUR.

Pernahkah anda mengalami keadaan
yang merimaskan terutama apabila sukar memberi tumpuan pada kerja atau
pelajaran, merasakan otak �lebih lembap� dan lambat berfikir berbanding dulu?


Mungkin ada yang berpendapat ia disebabkan peningkatan usia.
Mungkin pendapat itu benar tetapi kajian menunjukkan masalah sukar menumpukan
perhatian dan �kelembapan� otak ini mempunyai kaitan dengan kekurangan tidur.

Keperluan tidur setiap orang berbeza-beza tetapi secara
puratanya kita memerlukan tujuh jam tidur yang lena bagi membolehkan badan
berfungsi dengan baik pada keesokan harinya.


Tidur yang cukup bukan setakat merehatkan badan atau
mengelakkan masalah mata cengkung tetapi ia mempunyai manfaat yang lebih
penting. Tidur adalah satu keperluan dan ketika inilah badan akan memperbaiki
kerosakan yang berlaku pada sel serta membina sel baru.


Malah, ketika tidur, otak kita sibuk membuat persediaan untuk
menghadapi keesokan harinya. Kajian ke atas haiwan dan manusia mendapati tidur
yang cukup mampu meningkatkan keupayaan untuk belajar dan membantu memelihara
daya ingatan seseorang.


Apa sebenarnya yang berlaku ketika tidur masih belum dapat
diterangkan dengan terperinci tetapi penyelidik percaya tidur membolehkan otak
memproses semula perkara yang baru dipelajari supaya ingatan itu kekal.


Kajian selanjutnya mendapati tidur sekejap pada tengah hari
juga dikatakan memberi manfaat terhadap kemampuan untuk belajar.
Daya ingatan mereka jauh lebih baik apabila diberikan rehat (tidur selama setengah jam).
Jika seseorang itu mendapat cukup rehat (fizikal dan mental) mereka mampu mempamerkan prestasi kerja atau pembelajaran yang lebih memberangsangkan.

Ini kerana selepas bangun daripada tidur, otak lebih segar dan
boleh berfikir dengan cepat dan tepat. Tidur yang mencukupi juga dapat
mengurangkan tekanan dan keresahan yang secara tidak langsung boleh menjejaskan
kemampuan belajar.


Mungkin inilah sebabnya mengapa bayi, kanak-kanak dan remaja
memerlukan lebih banyak tidur berbanding orang dewasa. Malah, kajian berkenaan
juga menjelaskan mengapa golongan yang amat muda ini mudah menerima dan belajar
perkara baru dalam hidup mereka.

Malah, tidur juga dianggap amat penting untuk proses pemulihan
terhadap kecederaan otak termasuklah pada pesakit strok kerana mereka perlu
belajar semula untuk menguasai bahasa dan rutin harian.


Ada penyelidik menyarankan supaya kita tidur apabila berasa
mengantuk. Namun, ramai yang �mengabaikan� keperluan badan ini dan berusaha
melawan rasa mengantuk sehinggalah tiba waktu untuk tidur. Ada juga yang masuk
tidur terlalu awal tetapi tidak dapat melelapkan mata walaupun persekitaran
bilik tidur sangat menyenangkan.

Tuntutan dan tekanan tugas membuatkan ramai antara kita yang
mengalami masalah kekurangan tidur. Bahkan tidak kurang yang kerap terjaga pada
waktu malam dan sukar untuk melelapkan mata semula.


Akibatnya kita mudah letih, mengantuk dan hilang daya tumpuan
jika perkara ini berlanjutan. Malah, lebih buruk kekurangan tidur boleh
menyebabkan seseorang mudah tertekan dan mengalami gangguan emosi.


Justeru, setiap kali anda menghadapi masalah untuk menumpukan
perhatian, kajilah semula gaya hidup anda. Kekurangan tidur, tabiat pemakanan
yang tidak seimbang dan kurang bersenam semuanya memberi pengaruh besar dalam
menentukan kualiti hidup kita seharian.


*Jadi tak kira siapa kita atau apa pekerjaan kita, samada kita kerja makan gaji atau berniaga, kita perlu tidur yang cukup. Barulah esok bangun pagi segar-bugar boleh cari rezeki yang HALAL.. Insyaallah mudah-mudahan.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Jadi ape tunggu lagi!! jom tido!! Zzzzzzzzzzzzzz.......... Esok bangun pagi add entry lagi.. :D

    ReplyDelete