Lagi aktiviti dan acara menarik sedang menanti dalam bulan Mei nanti, sambutan Hari Belia Negara 2010 yang bertemakan ‘Belia Kreatif dan Inovatif Pemacu Ekonomi Negara, akan bermula pada 14 hingga 16 Mei 2010 di Putrajaya dan acara kemuncak sambutan tersebut adalah pada 15 Mei di Putrajaya International Convention Center (PICC) Putrajaya dengan acara perhimpunan Hari Belia Negara bersama YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Kalau ada sesiapa yang masih keliru dengan siapa sebenarnya yang dianggap belia ni, berdasarkan tafsiran dalam Akta 668 iaitu Akta Pertubuhan Belia Dan Pembangunan Belia 2007 yang telah diwartakan:
“belia” ertinya seseorang yang berumur tidak kurang daripada lima belas (15) tahun dan tidak lebih daripada empat puluh (40) tahun.
Maksudnya aku pun masih masuk dalam kategori belia jugak lah. 

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) selaku penganjur sambutan Hari Belia Negara pada Mei ini menjelaskan sambutan akan diadakan dengan format yang berbeza berbanding sebelum ini dan akan lebih meriah melalui pelbagai aktiviti mengikut citarasa belia yang telah direncanakan. Diantara acara yang dirancangkan adalah seperti sukan udara, drift/draGo-Kart, mini bike, futsal, paintball, Karnival Remaja, Karnival Belia, Expo dan Pameran Kerjaya, Karnival Rakan Muda dan Jambori Pengakap.
Berdasarkan jadual acara yang di susun, memang banyak acara yang akan diadakan seperti pertandingan dikir barat, persembahan nasyid, konsert rabbani, pertandingan gendang, peragaan fesyen, siaran lansung al-Kuliyyah, solat hajat, pertandingan tomoi, karnival jom heboh, pertandingan kabbadi, pertandingan dodgeball, pertandingan sepak takraw, bola keranjang, clash of the band, auto show, pameran pendidikan, pertandingan cyber games, pertandingan cheer leading, pertandingan kayak, perahu panjang dan perahu layar, fun foto dan banyak lagilah.
* So, kepada belia belia sekalian, jom la memeriahkan karnival ni. Yang dah berkeluarga pon jangan lupa bawa anak-anak sekali.. Lagi ramai lagi bagus sebab aku buka booth kat sana.. hehehe..Itu tujuan sebenarnye.. :D
Untuk maklumat lanjut, click sini: http://www.kbs.gov.my/HBN2010_web/index.html
No comments:
Post a Comment