Thursday, April 29, 2010

Sangat Tidak Bijak


Mendapatkan pekerjaan untuk wang saraan sepertinya suatu idea yang bagus. Hanya ada satu sahaja masalahnya iaitu; tidak bijak! Mendapatkan wang saraan hidup dengan cara ini ialah paling tidak bijak. Mengapa..?


Kerana anda hanya dibayar untuk masa yang anda habiskan untuk bekerja (demi majikan). Dengan kata lain anda menjual masa anda. Berapakah harga yang dibayar kepada anda untuk 1 jam, sehari, seminggu, sebulan, malah setahun? Atau seumur hidup? Ramai yang tidak nampak kelemahan mendapatkan wang dengan cara iniMungkin kerana meningkat dewasa dalam keadaan masyarakat yang mempraktikkan budaya sebegini maka ianya diterima sebagai sistem yang betul (walau hakikatnya tidak semestinya begitu). Mungkin juga telah di brainwash oleh sesetengah pihak tanpa sedar (media, keluarga, rakan dan masyarakat sekeliling).
Bukankah lebih bagus sekiranya anda dibayar walaupun anda sedang makan, tidur, bermain dengan anak-anak? Bukankah lebih bagus sekiranya anda dibayar 24 jam sehari? Fikirkan bagaimana caranya untuk anda dibayar sama ada anda sedang bekerja atau tidak. Sebagaimana pokok tetap tumbuh walaupun semasa anda tidak mempedulikannya, kenapa tidak akaun anda?
Orang yang kurang bijak menghabiskan sebahagian besar masa untuk bekerja untuk majikan. Manakala orang-orang yang bijak menghabiskan masa membina “sistem pendapatan” (passive income) walau pada mula tidak seberapa hasilnya, tetapi akhirnya membuahkan pendapatan lumayan dan berterusan. Contoh paling umum ialah berniaga, membina laman web, menjadi pelabur, projek pertanian atau menjana pendapatan royalti hasil kerja-kerja kreatif seperti penulisan buku dan sebagainya.
Apabila sistem pendapatan yang anda bina berjalan dengan baik, hanya dengan sedikit “sentuhan bijak”, ia akan melonjak naik, menaburkan hasil lumayan dan yang penting ialah berpanjangan.
Memanglah pada mulanya memerlukan ketekunan dan ketabahan. Inilah sebenarnya yang tidak ada pada kebanyakan orang. Termasuk anda? Mungkin tidak…

No comments:

Post a Comment