Tadi google 'images' then ternampak pulak satu gamba ni.. Macam best je & macam kene pulak dengan post ni..hehe..Kan ada pepatah Melayu "JAUH PERJALANAN LUAS PERMANDANGAN". Maknanya lagi banyak kita 'explore' lagi banyak pengetahuan kita peroleh. Apa kaitan kan?hahaha..
Sebenarnya kita selalu nampak je tapi kita tak pernah nak teroka. Kita nampak yang luar, kulitnya, tapi isinya kita tak tau. Omputih cakap, "DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER". Satu tabiat buruk masyarakat kita ni pulak suka sangat dengar cakap orang. Tapi yang saya pelik, kita ni suka dengar yang negatif. Yang positif semua masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Betul tak? Saya pon dulu macamtu juga.. :D Tapi tu dulu.. Zaman dolu-dolu. Zaman batu seremban, galah panjang dulu..heheh...Sekarang zaman dah berubah. Bila nampakje peluang kita kene 'grab'! Bak kata PROF. DR HAMKA:
“PELUANG yang besar itu datang secara TIBA-TIBA. Datang tidak MENENTU MASA. Datang di saat kita KESEMPITAN dan KESUSAHAN. NILAILAH peluang itu secara BIJAKSANA. REBUTLAH peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh BERLALU dengan tiba-tiba. JANGAN jadikan SERIBU ALASAN untuk tidak merebut PELUANG YANG BESAR itu!!...”~PROF DR HAMKA

Inilah gambar yang saya google tadi.
Moral of the story:
Bukalah mata anda seluas-luasnya. Jangan dengar pendapat orang sebab belum cuba belum tahu. Seeing is Believing!!
No comments:
Post a Comment