Tuesday, May 4, 2010

PHONES for Grab!!!

- New iPhone 3G 32g
- Complete set
- 1 year warranty
- Very limited
- While stocks last!!
- Free delivery

- RM 1900


- New Blackberry Curve 8520
- Complete set
- 1 year warranty
- Very limited
- While stocks last!!
- Free delivery

- RM 850


For more info, 
Email : asdybiz@yahoo.com
Call : 0193866345 (Aswhat)

Thursday, April 29, 2010

Sangat Tidak Bijak


Mendapatkan pekerjaan untuk wang saraan sepertinya suatu idea yang bagus. Hanya ada satu sahaja masalahnya iaitu; tidak bijak! Mendapatkan wang saraan hidup dengan cara ini ialah paling tidak bijak. Mengapa..?


Kerana anda hanya dibayar untuk masa yang anda habiskan untuk bekerja (demi majikan). Dengan kata lain anda menjual masa anda. Berapakah harga yang dibayar kepada anda untuk 1 jam, sehari, seminggu, sebulan, malah setahun? Atau seumur hidup? Ramai yang tidak nampak kelemahan mendapatkan wang dengan cara iniMungkin kerana meningkat dewasa dalam keadaan masyarakat yang mempraktikkan budaya sebegini maka ianya diterima sebagai sistem yang betul (walau hakikatnya tidak semestinya begitu). Mungkin juga telah di brainwash oleh sesetengah pihak tanpa sedar (media, keluarga, rakan dan masyarakat sekeliling).
Bukankah lebih bagus sekiranya anda dibayar walaupun anda sedang makan, tidur, bermain dengan anak-anak? Bukankah lebih bagus sekiranya anda dibayar 24 jam sehari? Fikirkan bagaimana caranya untuk anda dibayar sama ada anda sedang bekerja atau tidak. Sebagaimana pokok tetap tumbuh walaupun semasa anda tidak mempedulikannya, kenapa tidak akaun anda?
Orang yang kurang bijak menghabiskan sebahagian besar masa untuk bekerja untuk majikan. Manakala orang-orang yang bijak menghabiskan masa membina “sistem pendapatan” (passive income) walau pada mula tidak seberapa hasilnya, tetapi akhirnya membuahkan pendapatan lumayan dan berterusan. Contoh paling umum ialah berniaga, membina laman web, menjadi pelabur, projek pertanian atau menjana pendapatan royalti hasil kerja-kerja kreatif seperti penulisan buku dan sebagainya.
Apabila sistem pendapatan yang anda bina berjalan dengan baik, hanya dengan sedikit “sentuhan bijak”, ia akan melonjak naik, menaburkan hasil lumayan dan yang penting ialah berpanjangan.
Memanglah pada mulanya memerlukan ketekunan dan ketabahan. Inilah sebenarnya yang tidak ada pada kebanyakan orang. Termasuk anda? Mungkin tidak…

Senario


Satu senario yang amat biasa apabila anak-anak muda telah mencapai suatu peringkat umur, umpamanya tamat pengajian di institut pengajian tinggi, maka bergegaslah mereka bertebaran mencari “pekerjaan” dengan“menjaja” sijil atau ijazah yang dianugerah setelah bertahun-tahun bertungkus-lumus menimba ilmu pengetahuan. Masing-masing cuba sedaya-upaya untuk mendapatkan jawatan yang sebagus mungkin demi mendapatkan gaji yang baik setiap bulan. Saya ingin mengajak pembaca berfikir sejenak; adakah budaya mencari kerja (makan gaji) itu bagus?


Ada sesetengah pendapat yang menganggap bahawa, keadaan seperti di atas, iaitu budaya kerja makan gaji adalah tidak bagus dan ada cara yang jauh lebih baik untuk menyara kehidupan berbanding dengan “kontrak pengabdian”. 
Tunggu next entry...

Why??

I've been through both situation!!ARGH!!! and I know how it feels.
If you ask me, I choose KERJA SENDIRI!!! Kenapa ye? Ada banyak sebab..

1) LIFE FREEDOM 
- anda lebih bebas... senang cite..ADE LIFE!! Kerja makan gaji nak kena fikir esok bos nak jumpa..habisla aku..pastu meeting...meeting....meeting... tak habis-habis.. Bila nak siap kerja? Tidur pon termimpi-mimpi. Nightmare!!Huh! Tension!



2) MONEY FREEDOM
-Boleh cari duit suka-suka hati.. Maybe bulan ni tak dapat..tapi bulan depan boleh dapat 3 KALI GANDA!! & mungkin jugak tak dapat langsung..hehe..tapi tak pe sebab sekali dapat boleh cover untuk 5 bulan hidup.InsyaAllah... Kalo kerja makan gaji.. dah nak pencen pon hutang tak 'settle' lagi. Harini dapat gaji, esok dah tinggal separuh..Aduh!!Kerja 1bulan.. :( Penat-penat. (based on true story)


3) TIME FREEDOM
-Peluang untuk cari rezeki luas. Banyak masa untuk tentukan hidup kita. Ramai kawan sebab boleh jumpa dengan ramai orang. Bebas bergaul dan berjumpa kawan lama. Persahabatan tak putus begitu saja. Malah ada masa untuk ENJOY tengok wayang, main boling dsb.. Tidak tersekat dalam TRAFFIC JAM which I hate the most! Habis masa kat situ jek..


Ada banyak lagi.... Coming soon...


Moral of the story:
It's all about FREEDOM!!!! Jadi sesiapa yang tak suka bebas tu.. tak boleh nak buat apala... Live your life to the fullest!!! Ini just pendapat aku jek. Depends on you to decide. Good luck!!

Mana lebih baik???

Mana you guys rasa lebih baik?

Kerja MAKAN GAJI atau KERJA SENDIRI (BERNIAGA) ???

Agak- agak apa pendapat korang? Nanti aku post kan pendapat aku..Tunggu next entry k.. :) Tengah karang idea nih..heheh... (",)

Wednesday, April 28, 2010

new born...

CUTE sangat-sangat baby Alea junior!!! Name mama die xnnk bg tau lagi..secret..heheh..Gamba dalam cermin..so tak clear sangat..  :D tak saba nak tunggu baby ni besar..leh main kejar-kejar..hahahaa...ngan aunty Hana... :P Anyway....

CONGRATULATIONS to ALEA & HAFIZ!!!

Nak g spital..

Nape nak g spital ni??

Haa sebenarnya aku baru dapat tahu kawan aku a.k.a BFF due pagi tadi.. Baby girl...Mesti cute kan macam mama die..
Tadi pegi shopping kat Tesco.. Alamak!! kantoi lak beli hadiah baby kat Tesco..heheh... Tapi takpe sebab aku rase present yang aku bagi tu CUTE! (",)  Perasan jap...hehehe... 

CONGRATS ALEA!!!!

Tunggu kedatangan ku!! Mesti ko tak saba kan??  :D 
Nanti balik aku update 'pic' baby... itupon kalo mama dia bagi tangkap gambar baby die..huhu ..
Kalo takde nanti aku letak je la gamba baby mane-mane.. bukan korang tau pon kan? hahaha!! :P

Oklah bye! nak pegi spital dah ni... Doakan perjalanan aku pergi dan pulang...Eceh...macam nak jalan jauh plak..hahah.. okla tata~~ !!!  

Karnival Belia Negara 2010

You guys tau tak tentang karnival ni?

Lagi aktiviti dan acara menarik sedang menanti dalam bulan Mei nanti, sambutan Hari Belia Negara 2010 yang bertemakan  ‘Belia Kreatif dan Inovatif Pemacu Ekonomi Negara, akan bermula pada 14 hingga 16 Mei 2010 di Putrajaya dan acara kemuncak sambutan tersebut adalah pada 15 Mei di  Putrajaya International Convention Center (PICC) Putrajaya  dengan acara perhimpunan Hari Belia Negara bersama YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.





Kalau ada sesiapa yang masih keliru dengan siapa sebenarnya yang dianggap belia ni,  berdasarkan tafsiran dalam Akta 668 iaitu Akta Pertubuhan Belia Dan Pembangunan Belia 2007 yang telah diwartakan:
“belia” ertinya seseorang yang berumur tidak kurang daripada lima belas (15) tahun dan tidak lebih daripada empat puluh (40) tahun.
Maksudnya aku pun masih masuk dalam kategori belia jugak lah. :D
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) selaku penganjur sambutan Hari Belia Negara pada Mei ini  menjelaskan sambutan akan diadakan dengan format yang berbeza berbanding sebelum ini dan akan lebih meriah melalui pelbagai aktiviti mengikut citarasa belia yang telah direncanakan.  Diantara acara yang dirancangkan adalah seperti sukan udara, drift/draGo-Kart, mini bike, futsal, paintball, Karnival Remaja, Karnival Belia, Expo dan Pameran Kerjaya, Karnival Rakan Muda dan Jambori Pengakap.
Berdasarkan jadual acara yang di susun, memang banyak acara yang akan diadakan seperti pertandingan dikir barat, persembahan nasyid, konsert rabbani, pertandingan gendang, peragaan fesyen, siaran lansung al-Kuliyyah, solat hajat, pertandingan tomoi, karnival jom heboh, pertandingan kabbadi, pertandingan dodgeball, pertandingan sepak takraw, bola keranjang, clash of the band, auto show, pameran pendidikan, pertandingan cyber games, pertandingan cheer leading, pertandingan kayak, perahu panjang dan perahu layar, fun foto dan banyak lagilah.

* So, kepada belia belia sekalian, jom la memeriahkan karnival ni. Yang dah berkeluarga pon jangan lupa bawa anak-anak sekali.. Lagi ramai lagi bagus sebab aku buka booth kat sana.. hehehe..Itu tujuan sebenarnye.. :D 


Untuk maklumat lanjut, click sini: http://www.kbs.gov.my/HBN2010_web/index.html

Bangun pagi gosok gigi....



Bangun tidur ku terus mandi
Tidak lupa menggosok gigi
Habis mandi ku tolong ibu
Membersihkan tempat tidur ku

Lirik lagu di atas mungkin sangat familiar bagi kita di masa kanak-kanak. Di balik  lirik syairnya yang sederhana dan mudah dihafal ternyata ada penjelasan ilmiah yang perlu kita perhatikan. Lirik kedua “tidak lupa menggosok gigi” mengingatkan kita bagaimana pentingnya menggosok gigi. Bahkan Doktor Gigi menyarankan untuk menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Kenapa ye? Berikut  adalah penjelasan sederhana kenapa kita mesti menggosok gigi.

Air liur (secara ilmiah disebut dengan saliva) mengandung lebih dari seratus milyar (108) bakteri per milimeternya. Dalam air liur juga mengandung lapisan tipis glikoprotein yang menempel pada enamel gigi, dan menjadi medium pertumbuhan bagi milyaran bakteri tersebut.

Di antara milyaran bakteri tersebut, Streptococccus mutans merupakan bakteri yang menyebabkan pembusukan dan menyebabkan lubang pada gigi. Bakteri ini menghasilkan suatu enzim khusus yang dikenal dengan glukosil transferaseyang berkerja secara spesifik dalam penguraian sukrosa menjadi glukosa dan fruktosa (sukrosa merupakan jenis gula yang kita konsumsi sehari-hari). Enzim ini selanjutnya akan merombak glukosa yang telah diuraikan tadi menjadi suatu polisakarida yang disebut dengan dextran. Plak gigi (dental plaque), atau disebut juga dengan karang gigi, merupakan sejumlah besar dextran yang menempel pada enamel gigi dan menjadi media pertumbuhan bagi berbagai jenis bakteri tersebut.

Pembentukan plak gigi ini merupakan langkah awal dalam proses pembusukan gigi. Hasil penguraian sukrosa yang kedua adalah fruktosa. Bakteri Lactobacillus bravis mengubah fruktosa menjadi asam laktat melalui serangkaian reaksi glikolisis dan fermentasi. Terbentuknya asam laktat akan menyebabkan penurunan pH pada permukaan gigi. Suasana asam ini menyebabkan  kalsium dari enamel gigi akan terurai atau rusak.

Secara alamiah kita memproduksi 1 liter air liur setiap hari yang berguna  mengurangi keasaman mulut. Akan tetapi, plak gigi yang terbentuk tidak bisa diuraikan oleh air liur tersebut. Plak gigi ini menahan keberadaan bakteri. Akibatnya asam laktat akan tetap terbentuk dan tetap akan merusak enamel gigi.

Menggosok gigi secara teratur dapat membantu mengurangi pembentukan plak gigi. Mengurangi konsumsi makanan dan minuman yang mengandung sukrosa juga merupakan langkah pencegahan kerusakan gigi. Kontrol kesehatan gigi secara berkala merupakan salah satu langkah menjaga kesehatan gigi. Agar kita dapat membantu ibu bukan hanya sekadar membersihkan tempat tidur lol... ^_* hohoho!! :P

Tidur... Zzzzzzz............

Arghh!!! takleh tido, tak ngantuk lagi.. maybe sebab dah banyak sangat tido kot.. tu yang sempat update blog nih.. :D Inilah akibatnya tido banyak sangat. heheh.... Amaran daripada Kementerian Kesihatan: Untuk orang dewasa tido sekurang-kurangnya 6-8 jam sehari... Ni terlebih suda..hahah.. Tu la 'stay up' lagi pagi-pagi.. :D


Jom baca ni..Fakta TIDUR.

Pernahkah anda mengalami keadaan
yang merimaskan terutama apabila sukar memberi tumpuan pada kerja atau
pelajaran, merasakan otak �lebih lembap� dan lambat berfikir berbanding dulu?


Mungkin ada yang berpendapat ia disebabkan peningkatan usia.
Mungkin pendapat itu benar tetapi kajian menunjukkan masalah sukar menumpukan
perhatian dan �kelembapan� otak ini mempunyai kaitan dengan kekurangan tidur.

Keperluan tidur setiap orang berbeza-beza tetapi secara
puratanya kita memerlukan tujuh jam tidur yang lena bagi membolehkan badan
berfungsi dengan baik pada keesokan harinya.


Tidur yang cukup bukan setakat merehatkan badan atau
mengelakkan masalah mata cengkung tetapi ia mempunyai manfaat yang lebih
penting. Tidur adalah satu keperluan dan ketika inilah badan akan memperbaiki
kerosakan yang berlaku pada sel serta membina sel baru.


Malah, ketika tidur, otak kita sibuk membuat persediaan untuk
menghadapi keesokan harinya. Kajian ke atas haiwan dan manusia mendapati tidur
yang cukup mampu meningkatkan keupayaan untuk belajar dan membantu memelihara
daya ingatan seseorang.


Apa sebenarnya yang berlaku ketika tidur masih belum dapat
diterangkan dengan terperinci tetapi penyelidik percaya tidur membolehkan otak
memproses semula perkara yang baru dipelajari supaya ingatan itu kekal.


Kajian selanjutnya mendapati tidur sekejap pada tengah hari
juga dikatakan memberi manfaat terhadap kemampuan untuk belajar.
Daya ingatan mereka jauh lebih baik apabila diberikan rehat (tidur selama setengah jam).
Jika seseorang itu mendapat cukup rehat (fizikal dan mental) mereka mampu mempamerkan prestasi kerja atau pembelajaran yang lebih memberangsangkan.

Ini kerana selepas bangun daripada tidur, otak lebih segar dan
boleh berfikir dengan cepat dan tepat. Tidur yang mencukupi juga dapat
mengurangkan tekanan dan keresahan yang secara tidak langsung boleh menjejaskan
kemampuan belajar.


Mungkin inilah sebabnya mengapa bayi, kanak-kanak dan remaja
memerlukan lebih banyak tidur berbanding orang dewasa. Malah, kajian berkenaan
juga menjelaskan mengapa golongan yang amat muda ini mudah menerima dan belajar
perkara baru dalam hidup mereka.

Malah, tidur juga dianggap amat penting untuk proses pemulihan
terhadap kecederaan otak termasuklah pada pesakit strok kerana mereka perlu
belajar semula untuk menguasai bahasa dan rutin harian.


Ada penyelidik menyarankan supaya kita tidur apabila berasa
mengantuk. Namun, ramai yang �mengabaikan� keperluan badan ini dan berusaha
melawan rasa mengantuk sehinggalah tiba waktu untuk tidur. Ada juga yang masuk
tidur terlalu awal tetapi tidak dapat melelapkan mata walaupun persekitaran
bilik tidur sangat menyenangkan.

Tuntutan dan tekanan tugas membuatkan ramai antara kita yang
mengalami masalah kekurangan tidur. Bahkan tidak kurang yang kerap terjaga pada
waktu malam dan sukar untuk melelapkan mata semula.


Akibatnya kita mudah letih, mengantuk dan hilang daya tumpuan
jika perkara ini berlanjutan. Malah, lebih buruk kekurangan tidur boleh
menyebabkan seseorang mudah tertekan dan mengalami gangguan emosi.


Justeru, setiap kali anda menghadapi masalah untuk menumpukan
perhatian, kajilah semula gaya hidup anda. Kekurangan tidur, tabiat pemakanan
yang tidak seimbang dan kurang bersenam semuanya memberi pengaruh besar dalam
menentukan kualiti hidup kita seharian.


*Jadi tak kira siapa kita atau apa pekerjaan kita, samada kita kerja makan gaji atau berniaga, kita perlu tidur yang cukup. Barulah esok bangun pagi segar-bugar boleh cari rezeki yang HALAL.. Insyaallah mudah-mudahan.

Tuesday, April 27, 2010

Seeing is Believing!

Tadi google 'images' then ternampak pulak satu gamba ni.. Macam best je & macam kene pulak dengan post ni..hehe..Kan ada pepatah Melayu "JAUH PERJALANAN LUAS PERMANDANGAN". Maknanya lagi banyak kita 'explore' lagi banyak pengetahuan kita peroleh. Apa kaitan kan?hahaha..

Sebenarnya kita selalu nampak je tapi kita tak pernah nak teroka. Kita nampak yang luar, kulitnya, tapi isinya kita tak tau. Omputih cakap, "DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER". Satu tabiat buruk masyarakat kita ni pulak suka sangat dengar cakap orang. Tapi yang saya pelik, kita ni suka dengar yang negatif. Yang positif semua masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Betul tak? Saya pon dulu macamtu juga.. :D Tapi tu dulu.. Zaman dolu-dolu. Zaman batu seremban, galah panjang dulu..heheh...Sekarang zaman dah berubah. Bila nampakje peluang kita kene 'grab'! Bak kata PROF. DR HAMKA:


PELUANG yang besar itu datang secara TIBA-TIBA. Datang tidak MENENTU MASA. Datang di saat kita KESEMPITAN dan KESUSAHAN. NILAILAH peluang itu secara BIJAKSANA. REBUTLAH peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh BERLALU dengan tiba-tiba. JANGAN jadikan SERIBU ALASAN untuk tidak merebut PELUANG YANG BESAR itu!!...”~PROF DR HAMKA



Inilah gambar yang saya google tadi.


Moral of the story:
Bukalah mata anda seluas-luasnya. Jangan dengar pendapat orang sebab belum cuba belum tahu. Seeing is Believing!!

1st time blogging

Camane nak mula ni...hmmm.......
Bismilahirahmanirahim...

Sebenarnye blog ni di'create' atas sebab-sebab yang tertentu. Bukan untuk 'personal used' tapi lebih kepada memberi maklumat & 'sharing to public'. Mungkin anada boleh menilai sejauh mana kebenarannya dah boleh juga bertanya soalan jika ada kemusykilan. Saya just nak kongsi rahsia untuk berjaya dalam hidup dan mana tahu anda juga satu hari nanti ingin berjaya macam saya. :)

Memandangkan ini post pertama saya, saya perkenalkan diri dulu.. Nama diberi sejak lahir lagi, Nur Diyana. Boleh panggil Diyana. Tapi kawan-kawan panggil D atau Dy. Ikut la mana selesa. Dari dulu lagi saya bercita-cita untuk menjadi seorang ENGINEER dan Alhamdulillah cita-cita saya tercapai. Tapi saya juga ada IMPIAN iaitu nak jadi KAYA, nak hidup MEWAH, nak rumah BESAR, nak kereta MEWAH dan nak bahagiakan keluarga saya terutama ibu bapa saya. Dan saya pasti semua orang pon impikan benda yang sama saya impikan.. Sebenarnya dari sinilah hidup saya bermula.........